Rabu, Julai 18, 2018

BERSEGERALAH MENUJU ALLAH

Tanda hamba yang tidak sombong
Bila dahinya rela sujud menyembah Allah
Solat 5 waktu seperti yang diperintahkan-NYA.
Jika ini tiada pada diri,
Sesungguhnya rugilah hidup di dunia
Kelak akan bersama iblis dan kuncu-kuncunya
syaitan laknatullah menghuni neraka.

Mari kita bersegera perbaiki diri,
Persiapkan dengan bekalan sebelum tiba mati..
Masa muda dan sihatlah peluang terbaik meraih sebanyak mana pahala..
Bila dah tua dah tak larat menambah amal,
Penyakit jadi penghalang,
Tubuh makin melemah..
SEMBAHYANGLAH SEBELUM ENGKAU DISEMBAHYANGKAN..


Sabtu, Januari 20, 2018

UKURAN KEJAYAAN INSAN




APAKAH UKURAN KEJAYAAN?
Adakah dikira berjaya bila berjaya straight A dalam semua subjek?
Berjaya masuk Universiti? Berkerjaya? Gaji lumayan? Ada pangkat?Ada keluarga yang bahagia? Maju dalam bisness? Ramai kawan dan peminat? Miliki  rumah besar dan kereta mewah?

Itu kejayaan yang sia-sia bila tidak di paksikan pada ALLAH. Jika kemewahan hidup tidak menambah taat.. amat malanglah nasib mu.. anda berada di jurang kemusnahan.


Kejayaan berpaksikan ALLAH... bila kita berjaya melawan nafsu dan syaitan dan berubudiyah hanya semata kepada ALLAH.


Itulah ERTI KEJAYAAN YANG SEBENAR. Kejayaan kita menjadi HAMBA ALLAH seperti yang ALLAH kehendaki menurut Al-Qur'an dan As-Sunnah.



~CINTA ALLAH CINTA RASUL~

Sabtu, September 16, 2017

SAJAK: BERHATI-HATI DI JALANRAYA


Di Malaysia..
Musim raya musim orang racing kat jalan raya,
Musim orang bawa kereta tak tentu arah,
Musim orang banyak mati dilanyak kereta,
Musim highway nak makan darah,
So.. berhati-hatilah di jalanraya..

Kepada yang pandu kereta, lori, bas dan treler,
Juga yang tunggang motosikal dan basikal,
Tidak lupa juga si pejalan kaki...
INGAT.. MEREKA NI TAK KENAL MANGSA,
Berhati-hati..
Jangan kita jadi mangsa,
DAN...
Jangan orang lain jadi mangsa kita..

BERHATI-HATILAH JALANRAYA
KALAU NAK HIDUP LEBIH LAMA.
Ingatlah keluarga tercinta,
Ingatlah amal belum cukup dibawa ke sana.

Pastikan doa sebelum memula langkah,
Pandulah kereta dengan berhemah,
Selamat hari raya,
Moga ALLAH mudahkan segalanya.


........
Catatan pada: 30/8/2011



~CINTA ALLAH CINTA RASUL~

Selasa, September 05, 2017

MUSAFIR HATI MENUJU TUHAN

Dikala hati terasa kelam,
Damaikan jiwa bersama alam,
Renungkan ibrah di setiap perjalanan, 

Carilah kekuatan pada kalam Ar-Rahman,
Semaklah mutiara para ilmuan,
Ziarahilah sang penghapus kelazatan,
Doa dan taubat sentiasa iringi perjalanan.

Nescaya...
Iman yang pudar kan kembali bersinar,
Hati yang sakit pasti kan bangkit,
Nafsu dan syaitan akan kewalahan,
Tiada lagi ruang untuknya menyesatkan..

-----
Alhamdulillah.. Musafirku tidak sia-sia,
Kita merancang, Allahlah sebaik-baik perancang..

ALHAMDULILLAH WA LILLAAHILHAMD.
 — di Pantai Bagan Lalang Sepang

Kosakata:
1. Ibrah -Pengajaran
2. Kewalahan - kepenatan
3.Sang peghapus kelazatan - kubur
4. Ar-Rahman : Nama ALLAH Yang Maha Pemurah


















~CINTA ALLAH CINTA RASUL~

Rabu, Ogos 30, 2017

SALAM MERDEKA RAYA 2017




Esok 31 Ogos hari istimewa buat rakyat Malaysia,
Hari sambutan 60 tahun negaraku Merdeka
Hari meraihkan kemenangan sukan SEA yang julung kalinya.
Hari 9 Zulhijjah, hari jemaah haji berwukuf di Arafah,
Hari yg Allah janjikan pengampunan dosa dan afdhal berdoa.

Ayuh jangan kita sia-siakan hari esok!!
Jangan terlepas dari, doa, zikir, infak, Qur'an mahupun puasa,
Moga terampun dosa dan dikabulkan doa...





~CINTA ALLAH CINTA RASUL~

Isnin, Ogos 29, 2011

KEAJAIBAN BERSEDEKAH

Bersedekahlah sebelum terlambat..

TABUNG MADRASAH TAHFIZ SELATAN FILIPINA

Beberapa pengalaman berharga yg ingin saya kongsikan dgn semua rakan dan kenalan di dalam blog ni..Dalam sebulan ni (sepanjang Ramadhan) saya menjadi ejen pemungut derma untuk pembinaan Madrasah Tahfiz di Selatan Filipina.. Mereka perlukan dlm RM3000 utk buat madrasah yg dbina dari papan di sana.. Mereka berhajat agar dpt disiapkn pd bulan Ramadhan ni dan nak mulakan kelas pd bln tu jugak.. Saya ni berkira2 bagaimana dlm seminggu dua ni nak kumpul duit sebanyak tu.. Dlm fikiran tu..macam tak blh nak capai..Tapi apapun kita doa pd ALLAH moga ALLAH datangkan bantuanNya, sebab kita yakin ALLAH akan bantu kerja mulia ini.. ALHAMDULILLAH.. apa yg di hajati ALLAH perkenankan.. derma dari rakan dan kenalan dari HALUAN, DARUSYIFA, saudara mara, muslimin dan muslimat sekitar Bdr. Baru Bangi dan Putrajaya, pelajar2 UKM, UPM, KUIS telah dapat membantu menyiapkan madrasah itu di penghujung Ramadhan ini malah mereka telah mulai kelas pd minggu ke2 Ramadhan walaupun tidak siap sepenuhnya..Nak ambil keberkatan di bulan yg mulia.. insyaALLAH. Selain itu lebihan derma itu dapat jugak digunakan untuk membaiki masjid di sana.

TABUNG SOMALIA, TABUNG SEK.REN IBNU KATHIR & ANAK2 YATIM ACEH
Selain itu saya juga tolong kutip derma untuk Tabung Bencana Somalia anjuran HALUAN, Tabung Sekolah Rendah Ibnu Kathir Gombak dan juga membantu rakan dari aceh utk dptkan sumbangan utk anak2 yatim aceh..Apa yg ingin saya kongsikan di sini bukanlah kerja yg saya buat tapi apa keajaiban yg berlaku pada saya hasil dari usaha kita nak tolong orang walaupun kita tidak berkemampuan untuk beri sumbangan yang banyak..Selain itu saya juga


SERONOK MEMBERI WALAUPUN SEDIKIT..

Bila kita nak ajak orang untuk infak, maka orang yg mengajak itu yg kena mulakan dulu.. maka dgn sedikit rezeki yg ada cuba kita kongsikan, cuba merasai merasai ajakan ALLAH itu berinfak.. Mulanya agak sulit sebab benda yg kita beri tu adalah benda yg kita perlu sebab banyak lagi hajat2 dan keperluan2 peribadi kita yg tak tertunaikan.. Tapi ALHAMDULILLAH bila dipaksakan diri dan dibiasakan ia menjadi satu kebahagiaan dpt membantu org lain dan menjadi keseronokan walaupun nilai sumbangan itu tidaklah banyak mana.. Rasa seronok memberi walaupun sedikit..

KEAJAIBAN2 BERSEDEKAH..
ALLAH kata.. Bila kita tolong Agama ALLAH , ALLAH akan tolong kita..MasyaALLAH..Inilah kisah benar yg ingin saya kongsikan..Tiap kali saya menderma org dtg beri duit dgn saya..Malah ALLAH gantkani dgn yg lebih baik lagi.. Mulanya RM 50 dpt zakat infakkan separuh ALLAH hntar lagi kawan beri zakat RM100.. Infakkan separuh kwn beri zakat lagi RM100.. MasyaALLAH.. Infakkan separuh lagi kemudian kwn bg duit raya 100, infakan sebahagian dapat lagi pula RM200 duit raya, infakkan separuh dapat lagi RM50.. SUBHANALLAH.. inilah bantuan ALLAH pada hamba yg lemah ini yg banyak lagi kekurangan amal dan iman.. Dan hari ini satu keajaiban shbt saya datang rumah beri saya baju raya.. baju kurung dan jubah! Ya ALLAH begitu banyak nikmat yg ENGKAU berikan pd hamba... ALLAH berikan saya baju raya melalui org lain! Tak terfikir lansung tahun ini akan dapat baju raya lagi, bukan 1 dua pasang pula tu! MASYAALLAH..ALLAHU AKBAR!

Tahun ini memang saya sengaja tidak beli baju raya sebab baju raya yg lepas2 ada lagi, tak payah membazir dan saya fikir kan baik kalau duit yg guna utk beli kasut dan baju raya itu diinfakkan kpd org somlia.. mereka lebih perlu lagi berbanding saya.. Setiap kali saya teringin apa2 dan itu bukan satu keperluan, saya akan teringat rakyat somalia.. mereka tak makan apa2 baik kita sumbang utk mereka.. Dan satu keajaiban lagi yg nak saya kongsikan yg sering berlaku pd saya bila saya lapar, teringin nak makan sesuatu ALLAH hantarkan makanan melalui orang lain..dapat makanan kegemaran yg saya suka pula tu.. ALHAMDULILLAH.

فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

Maka nikmat TuhanMU yang manakah yang kamu dustakan?

(Surah Ar-Rahman 55:13)


YA ALLAH terlalu banyak nikmat yg ENGKAU berikan pada hambamu ini. Bantulah hamba untuk mentaatimu, memperbaiki ibadahku kepadaMU, mensyukuri segala nikmatMU, dan redha dgn qada dan qhadarMU .. Amiien..



Itulah sedikit perkongsian
Jangan takut miskin bila bersedekah,
Jangan takut harta kurang bila bersedekah..
ALLAH akan tambahkan lagi bila bersedekah,
Rezeki akan melimpah-ruah dgn bersedekah,
Harta akan berkat dengan bersedekah,
Akan menjadi kaya dengan bersedekah
Kaya harta dan juga kaya jiwa..
Dan yang pastinya

ALLAH akan beri pahala berganda2 bila bersedekah.

Jadilah seperti Saidina Abu Bakar yg berikan seluruh hartanya
Ataupun seperti Saidina Umar yg infakkan separuh hartanya untuk fiisabilillah.

AYUH! MARI KITA BERSEDEKAH IKHLAS KERANA ALLAH

agar kita layak mendapat rahmat, kasih sayang dan syurga ALLAH..





Firman ALLAH surah dlm surah Al-Baqarah 2:261
مَّثَلُ الَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمْوَالَهُمْ فِي سَبِيلِ اللَّـهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنبَتَتْ سَبْعَ سَنَابِلَ فِي كُلِّ سُنبُلَةٍ مِّائَةُ حَبَّةٍ ۗ وَاللَّـهُ يُضَاعِفُ لِمَن يَشَاءُ ۗ وَاللَّـهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ

Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya.

Yakinlah bila kita tolong agama ALLAH, ALLAH akan tolong kita.. Moga perkongsian ini memotivasikan kita untuk membantu agama ALLAH dan menginfakkan harta2 kita utk fiisabilillah..YA ALLAH TERIMALAH AMAL2 INI..Amiien..

PENGHARGAAN..

Saya ingin merakamkan setinggi2 penghargaan kepada penderma2 yang tidak dapat saya sebutkan namanya di sini satu persatu terutama sahabat2 dari HALUAN dan HALUANSISWA, KUIS,UPM dan UKM; pesakit, rakan dan kenalan di DARUSYIFA dan jemaah masjid di UKM dan Masjid Putrajaya. Juga kpd shbt2 serumah dan ahli keluarga yg terlibat secara lansung ataupun tidak di mana sahaja berada. Jazakumullahu Khairan Katsira atas sumbangan dan sokongan anda.. Moga ALLAH memberkatinya dan menjadi saham yang bernilai bagi kita nanti di akhirat kelak..Amiieen.. SELAMAT HARI RAYA UNTUK ANDA SEMUA, MAAF ZAHIR DAN BATIN.. DAN BERHATI2 DI JALAN RAYA.



~CINTA ALLAH CINTA RASUL~

Selasa, Ogos 16, 2011

17 Ramadhan.. Hari Turunnya AL-Qur'an


KOBARKAN SEMANGAT CINTAKAN AL-QUR'AN

Bacalah Al-Qur’an kerana ALLAH
Bukan baca kerana terpaksa
Jagalah adab-adabnya
Bukan baca sambil lewa
Tak faham… entah apa yang ALLAH kata.

Ambillah sedikit masa
Bacalah ayat-ayatNYA
Kalau novel…
Dibacanya dari kulit ke kulit sampai ke "happy ending"nya
Kalau surat khabar…
Di belek-beleknya dari muka ke muka sampai lunyai jadinya
Kalau depan TV…
Terbuai jiwanya dari satu drama ke satu drama
Berlagu riang hatinya dari satu irama ke satu irama….

Inikan pula kitab ALLAH
Yang Allah janjikan syurga untuk hamba-hambaNYA
Yang Rasulullah kata
Andai 1 huruf dibaca…1 hingga 10 pahalanya
Bayangkanlah ….
114 surah ada 6666 ayat
Ada lebih 77 000 kalimah
Ini belum lagi dikira jumlah huruf-hurufnya
Berapa agaknya pahalanya kalau kita khatam semuanya?
Tak terkira kita!
Tak terkeluar dalam kalkulator biasa nombor-nombornya.
Tak terujakah kita?
Tak tergugahkah kita?
Tak terhiburkah kita?
Tak teringinkah kita?
Tak terbuaikah kita?
Tak merindukah kita?
Tak termotivasikah kita?

Berlumba-lumbalah kumpul pahala
Moga dapat mahligai di syurga
Berlomba-lombalah jauhi lalai dan dosa
Moga tidak jadi …
Bahan bakar api neraka.

Bacalah Kalamullah…
Walau sesibuk mana
Kalau sehari tak mampu semuka
Satu ayatpun tak apa
Yang penting…
Berterusanlah sampai remaja
Berterusannya sampai dewasa
Berterusanlah sampai ke tua
Berterusanlah sampai……..?
Tak ada masa juga?
Seminggu satu ayat macamana?
Tak boleh juga??
Entahlah… Tak tau saya nak kata apa
Jawablah depan ALLAH!

Bacalah! Fahamilah! Yakinilah! Hayatilah! Amalkanlah!
Bukan sekadar dilagu-lagukan jadi halwa telinga
Dikagumi kemerduan gemersik alunannya
Tapi… tak mampu meningkat taqwa
Tak mampu melonjak kerja
Bukan sekadar diukir-ukir jadi hiasan
Diagung-agungkan kehalusan seninya
Tapi… tak mampu menghiasi jiwa
Tak mampu merubah sahsiah.

Contohilah sahabat generasi awal
Dijuluki Generasi Al-Qur’an yang unik
Diibaratkan Al-Qur’an yang berjalan
Apa rahsianya?
Ayat-ayat ALLAH…
Diterima ayat-demi ayat
Terus hafal, fahami, resapi dalam hati
Jadi sahsiah diri
Jadi perlembagaan negeri
Jadi peraturan dan motivasi diri.
Al-Qur’an merubah jiwa mereka
Dari jahiliah menuju taqwa
Al-Qur’an merubah visi hidup mereka
Dari hamba jadi perwira
Al-Qur’an melonjakkan potensi mereka
Hingga …Boleh kuasai 2/3 dunia.
Hebatkan mereka?

Berbeza sungguh dengan kita di zaman ini
Dilekatnya di dinding-dinding dijadikan hiasan
Dilantun-lantunkan supaya cepat-cepat khatam
Dialun-alunkan untuk dipertanding-tandingkan
Disimpannya dalam rak sampai berdebu tak ketemu.
Ada pula tu…
Masa takut jin dan syaitan
Barulah terkial-kial cari dimana diletaknya Al-Qur’an?
Entahkan ada entahkan tidak
Barulah terkumat-kamit mulutnya
Dengan Ayatul Qursi-nya (2:255)
Dengan Wattabau’-nya (2:102)
Dengan Afahasibtum-nya (23:115-118)
Ataupun dengan Yasin-nya.
Yang lebih menakjubkan…
Al-Baqarah dikhatamnya hanya semalaman!
Entahkan betul entahkan tidak
Entahkan faham entahkan tidak.
Manakan syaitan nak lari
Manakan ALLAH nak tolong
Kalau tak ada kekhusyukan!
Tak ada penghayatan!
Tak ada pengharapan!
Tak ada keikhlasan!

Itulah sikap-sikap kita!
Itulah perlecehan-lerlecehan kita!
Malah tanpa kita sedari
Itulah penghinaan-penghinaan kita!
Kita ibarat…
Hanya mengejar nikmat setitis air
Berbanding nikmatnya seluas lautan.

Akhirnya…
Kita terhina dan terjajah
Kita hilang kekuatan dan kehebatan
Kita diperkotak-katikkan dan diperlekeh-lekehkan
Kita ibarat buih di lautan
Tiada kualiti tiada kekuatan
Kita ramai…
Hampir kuasai 1/4 populasi dunia
Tapi..tidak digeruni, apatah lagi disanjungi
Malah…
Di bantai pula sesuka hati
Dikeronyok! Diterajang habis-habisan!
Dibaham rakus !
Oleh anjing-anjing zionis yahudi laknatullah
Yang dahagakan darah kita!

Malangnya kita tak boleh buat apa-apa
Kita tak rasa masalah umat masalah kita
Tak rasa masalah Palestin masalah kita
Tak rasa masalah Iraq masalah kita
Tak rasa masalah Afghanistan masalah kita
Tak rasa masalah dunia Islam masalah kita.
Cukupkah sahaja kita bincang-bincangkan?
Kita seminar-seminarkan?
Kita forum-forumkan?
Kita slogan-slogankan?
Tanpa buat apa-apa?
Jadi OIC sajalah kita!

Wahai saudaraku seagama…
Hayunkan langkah bina kekuatan
Binalah iman,
Kuasailah ilmu,
Perbaikilah akhlak
Itulah tunjang kekuatan
Kuat kita kuatlah Islam.

Kembalilah kepada Al-Qur’an
Hidupkan sunnah dalam kehidupan
Kembalilah kepada Islam
Jadikan ALLAH hanya tujuan.
Agar nanti... bisa kita pimpin dunia
Berlandaskan Al-Qur'an dan As-Sunnah
Bertunjangkan hukum dan syariat ALLAH
Agar kelak… bisa kita warisi jannah!
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Firman Allah yang bermaksud:

'Kitab (Al-Qur'an) ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertaqwa,...
'
(Surah Al-Baqarah, 2: 2)

'Kami tidak menurunkan Al-Qur'an ini kepadamu (Muhammad) agar engkau menjadi susah; (2), melainkan peringatan bagi orang yang takut kepada ALLAH (3).'
(Surah Thoha, 20:2-3)

'....Barangsiapa tidak berhukum dengan apa yang diturunkan ALLAH, maka mereka itulah orang-orang kafir.'
(Al-Maidah, 5: 44)



~CINTA ALLAH CINTA RASUL~